78. Unta Naik Kapal Terbang

Seorang pelancong berbangsa Eropah telah pergi ketanah Arab.Di pertengahan jalan beliau bertemu seorang lelaki Arab yang baik.Pelancong itu sedang memakai sepasang kasut yang mahal buatan Eropah.

Lelaki Arab: Tuan,mahukah tuan jual kepada saya kasut tuan dengan seratus ekor unta sebagai tukarannya?
Pelancong: (Terdiam lama)
Lelaki Arab: Bagaimana tuan setuju?
Pelancong:Ya, tapi tunggulah jika saya dapat menjadi warga negara awak nanti baru saya akan jualnya kepada awak.
Lelaki Arab: Mengapa begitu?
Pelancong:Sebab saya tak boleh nak bawa unta-unta yang awak bagi itu naik kapal terbang nanti..

77. Peguam Dan Doktor

Peguam:Doktor,adakah tuan pasti penjenayah itu sudah mati semasa menjalankan autopsi?
Doktor:Ya,saya pasti.
Peguam:Apakah buktinya?
Doktor:Saya pasti kerana tubuhnya sudah tidak bergerak dan nadinya sudah berhenti.
Peguam:Adakah doktor pasti dia mati kerana mungkin dia masih hidup cumanya nadinya sahaja yang tidak berdenyut.
Doktor: Ya saya pasti dia telah mati.
Peguam: Barangkali doktor tidak benar-benar memeriksa tubuh simati itu sebelum menjalankan autopsi dan bedah siasat.
Doktor:Saya kata dia sudah mati,sudah matilah..!
Peguam:Apa buktinya tuan doktor?
Doktor:Semasa dia dibawa kebilik pembedahan saya, kepalanya sudah tiada!!
Peguam:Erk?!Biar betul..

76. Beli Barang

"Mat..! Tolong mak pergi kedai belikan bawang,sardin,gula,garam,kicap dan budu.."
"Baik mak"

20 minit kemudian..

"Mat! mana barang yang mak suruh beli tadi?!"
"Bawang takda mak..!"
"Garam pun takda!"
"Habis tu sardinnya mana!?"
"Sardin pun takda jual mak!"
"Kalau ya pun takkan lah kicap pun takda mat.. Kamu pergi ke tidak ni..?
"Ya mak memang takda,semua barang mat tak nampak pun dalam kedai tadi.."
"Kau pergi kedai apa mat??"
"Entah lah mak,tapi kedai tu banyak jual kasut dan selipar.."
"Mat,mak nak tanya sikit boleh tak?"
"Boleh mak,tanyalah.."
"Masa sekolah dulu,time periksa Mat dapat berapa A?"
"Err.. PMR 9D - SPM semua fil mak..!"
"Kesian anak mak.. kecik-kecik dah bangang.."

75. Pasir Jerlus

"Tolong!Toloooong!"
"Ada apa encik?Apa yang berlaku?"
"Ada orang termasuk dalam pasir jerlus!"
"Hah,apa pasir jerlus? Kita mesti lekas mendapatkan bantuan,ini sangat berbahaya!""Sudah setakat mana dia tenggelam?"
Sudah sampai buku lali tuan!"
"Oh,baru sampai buku lali.. Mengapa dia tidak melompat keluar sahaja?"
"Err.. masalahnya encik,kepalanya yang masuk dulu.."
"Erk.."

74. Silap Saksi

Satu kes sedang dibicarakan.Seorang saksi yang berbalut kepalanya dibawa masuk.

Peguam: Dimana anda semasa kejadian itu berlaku?
Saksi: Saya berada ditempat kejadian.
Peguam: Baik.Dimana pula tempat kejadian itu?
Saksi: Tempatnya dilokasi kejadian.
Peguam: Ya, saya faham.. Maksud saya kejadian itu berlaku dilebuhraya batu berapa?
Saksi: Maaf tuan, disitu tiada sebarang batu.Yang ada hanya serpihan kaca cermin kereta..
Peguam:(bengang) Bilakah kejadian itu berlaku?
Saksi: Ia berlaku semasa ia sedang berlaku..
Peguam: Maksud saya, pada pukul berapa ia berlaku?
Saksi: Oh, maafkan saya..Pada masa itu saya tidak membawa jam..
Peguam: Baik.Adakah awak menyaksikan kejadian itu berlaku?
Saksi: Ya tuan.
Peguam: Mengapa awak boleh berada disitu?Apa kerja awak?
Saksi: Saya berada disitu kerana saya yang memandu kereta terbabit.Saya memiliki sebuah syarikat guaman dan awak baru diterima bekerja dengan saya pada minggu lepas!!
Peguam: ??!!

73. Tua Jahat

Sebuah kereta Nissan buruk telah melakukan kesalahan lalu lintas kerana memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Pegawai Polis: Pakcik didapati bersalah kerana telah melanggar lampu merah..
Lelaki Tua: Anak,pakcik minta maaf kerana pakcik langsung tidak perasan lampu telah merah kerana pakcik sedang asyik memikirkan perkara yang sangat penting.Maafkan pakcik nak..
Pegawai Polis: Pakcik saya tak boleh berbuat apa-apa kerana memang pakcik telah melakukan kesalahan.
Lelaki Tua: Tolonglah pakcik nak.. Inilah kali pertama pakcik melakukan kesalahan trafik.Pakcik tiada rekod saman lagi..
Pegawai Polis: (berasa kasihan)Baiklah pakcik, saya tidak akan saman pakcik kali ini.Lain kali berhati-hati.
Lelaki Tua: Betulkah nak? Anak ni memang Pegawai yang baik hati..
Pegawai Polis: Emm.. agaknya apalah yang pakcik fikirkan sampai lampu merah pun tak perasan..(sambil berlalu pergi)
Lelaki Tua: Tiada apa-apa nak.. Pakcik cuma sibuk fikir cara untuk lepaskan diri daripada polis kerana masuk tahun ni pakcik dah 58 tahun tiada lesen memandu..
Pegawai Polis: (terdengar sesuatu) Err... apa pakcik cakap?
Lelaki Tua: Erk..! takda apa-apa nak.. anak ni baik hati orangnya..

72. Peaceful Mind

Anda rimas dengan suasana bising,cintakan ketenangan dan kedamaian? Cubalah tip dibawah!

Beli kaset kosong, dengar dan nikmatilah suasana tenang dan damai..!

Copyright © 2008 - ARKIB PPA - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine